|
Assalamu'alaikum,
Harap pengunjung blog ini sihat selalu.. Dah lama tak masukkan entry baru. Al-maklum, bukan setakat saya ni student, tapi bekerja part-time lagi.. Tambah pulak dengan bisnes sampingan yang lain.. Target saya, insyaAllah paling kurang 3 entry saya akan masukkan ke dalam blog saya ini setiap minggu. Yang mana saya janjikan spt artikel memulakan program affiliate, saya tetap ingat.. Cuma masa yang akan menentukan bila saya akan masukkan ke blog ini.
Di kesempatan ini, saya ingin 'mengeluh' atau memberi komen sedikit mengenai internet bisnes di Malaysia sekarang.. Ikhlas saya katakan, tak sampai 1% mereka yang menjalankan internet bisness dengan cara yang betul.. itu belum lagi ditambah dengan 'bisnes' yang entah apa-apa.. Itu hanya anggapan saya setelah bertahun-tahun melayari internet & membuat sedikit kajian serta pemerhatian.. Kita masih jauh berbanding mereka di luar negara. Boleh dikatakan, secara rata-rata ramai orang kita menggunakan internet untuk bisnes skim cepat kaya & MLM.. Skim Cepat Kaya spt Program Derma Menderma (mengambil deposit tanpa kebenaran kerajaan), dan lain-lain adalah salah di sisi undang-undang. Mereka yang melakukan program spt ini bernasib baik kerana undang-undang siber masih belum wujud sepenuhnya.. Ada juga menggunakan nama affiliate utk melindungi hakikat sebenar skim cepat kaya yang hanya mengkayakan mereka yang di atas.. Namun, harapan saya agar program spt ini akan berkurangan di suatu masa kelak. MLM? maksud saya di sini MLM yang tidak berdaftar & hanya bersifat sementara.. Yang atas sahaja yang akan mendapat lebih, tiada plan jangka panjang spt kursus, taklimat, dll.. Yang atas tidak lagi mengendahkan yang bawah, yang dilihatnya adalah DUIT, dan yang dingini, orang bawahnya BERTAMBAH.. Sampai suatu ketika, yang PANAS akan menjadi SEJUK.. Yang atas, akan 'LARI', yang bawah menyesal TIDAK BERGUNA!
Memang ramai yang melakukan online bisnes, menjual barang dan sebagainya, tetapi sayang seribu kali sayang, mereka masih kurang memahami erti & hakikat sebenar. SALAH SATU-nya adalah spt ini : "Belilah produk ini!!". Memang boleh melakukan begitu, tetapi ada cara lain yg lebih baik. Cara begitu adalah menekan pengguna, dan kita sendiri pun dalam dunia seharian tidak suka jika ada orang yang tiba-tiba datang kepada kita & mengatakan, "encik, belilah ini!!". Tanpa perkenalkan diri, tanpa mukaddimah, tanpa penerangan detail, bahkan kita tidak kenal & tak pernah nampak pun mereka.. Maka kita pun ragu untuk membeli barang itu.. Banyak teknik yang boleh kita lakukan untuk 'menjalinkan' hubungan dengan bakal & pelanggan kita.. Hanya mereka yang ingin mengkaji & mempelajari sahaja yang akan benar2 melakukan online bisnes dengan betul..
Satu contoh lain lagi, SPAM. iNBOX Emel saya setiap hari dipenuhi dengan SPAM. Apa itu SPAM? E-mel yang kita tidak kehendaki & kita tidak kenal siapa penghantarnya. Emel yang saya dapat itu kerana saya yg inginkan.. namun, sedih, kecewa, emel yang sama dihantar pada setiap hari.. Ini juga SPAM. Hantar benda yang sama. Memaksa meyertai program yang dilancarkan.. Menekan & terus menekan. Saya unsubscribe, namun emel tetap berkunjung tiba.. Mudah dikata, mereka tiada etika!! Pesanan saya, JAUHILAH SPAM jika anda tidak mahu DIBENCI oleh bakal & pelanggan anda.. Sekali lagi, JAUHILAH SPAM!
Kad kredit. Website luar negara banyak menggunakan kad kredit untuk proses pembelian. Bagi di negara ini, penggunaannya masih di tahap rendah oleh rakyatnya. Bukan saya ingin menganjurkan semua org memakai kad kredit, bahkan saya sendiri pun TIDAK AKAN menggunakannya. Sebagai alternatif (cara utama?), kita boleh gunakan bank in atau transfer wang melalui perbankan elektronik spt maybank2u & channel-e. Cara lain, cek, wang pos & postal order. Itu untuk pembeli dari Malaysia. Bagaimana dengan dari luar negara? Anda boleh menggunakan method pembayaran kad kredit. Bukan anda yang perlu ada kad kredit, bahkan tidak perlu. Maksudnya, anda gunakan khidmat money processor spt worldpay & 2checkout. Pembeli yg ada kad kredit akan membeli produk anda dengan kad mereka. Worldpay atau 2checkout itu akan memproses pembayaran tersebut & mereka akan menghantar cek kpd anda.. Utk keterangan lanjut, lawatilah www.worldpay.com & www.2co.com. Ada juga third party processor spt paypal.com. stormpay.com & e-gold.com. Lawatilah laman mereka utk keterangan lanjut..
Akhir sekali, sama-samalah kita berganding bahu agar kita dapat mengharmonikan dunia online bisnes di Malaysia.. Ingatlah, kita membawa nama Malaysia & maruah kita ke seluruh dunia.. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan sebab seorang yang menyalahguna, yang lain disalahkan terbabit juga.. Jadilah netpreneur yang beretika..
Salam Kejayaan!
|