True Marketing Idea

Bicara Perniagaan Internet..


Blog For Free!


Archives
Home
2006 March
2005 December
2005 September
2005 August
2005 July

My Links
Blog SmartUsaha
SaifulSham
Rahsia Internet
mysticdreamworks
Irfan Khairi
Millions Deal
Internet Marketing Center
Rohani's Blog
MotivasiMinda
Bisikan Nurani
moneyclicking

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)







Contact Me:
smartzul@yahoo.com


Lama tak taip blog..
08.22.05 (6:21 pm)   [edit]
Assalamu'alikum & good morning.. ops, dah tengahari lerr..

Erm, dah lama tak masukkan entry baru dalam laman web ni. Bukan apa, sibuk dengan projek sarjana muda yang perlu disiapkan ikut time.. Tambah lagi minggu ni penuh dengan ujian dan tugasan yang perlu dihantar. So terpaksalah lupakan jap blog ni.. Tapi bisnes tetap jalan. Bisnes? Ader ler, takat affiliate jer..

Oh ya, kat sini saya nak promote satu buku bagi mereka yang nak kahwin, tapi bermasalah duit. Haha, buku ni TAK AKAN ajar anda buat duit dgn autosurf, MLM, apa lagi SKim Cepat Kaya.. Anda akan diajar dengan cara yang relaliti dan nyata. Yang pasti cara yang halal..

Oklah, kalau nak tahu lebih lanjut, masuk ke laman ini : http://www.maskahwin.com/inde...

Jumpa lagi...
 
Aktiviti Cuti Mid-Sem
08.14.05 (10:28 pm)   [edit]
Cuti pertengahan semester dah tak lama. Kebanyakan pelajar dah fikir bila nak balik, bila nak beli tiket. Kalau orang fikir nak balik, saya pun nak balik.. Tapi mungkin saya terpaksa melupakan sekejap pasal balik kampung ni. Sebab raya nanti pun boleh balik.. Bila2 boleh balik.. InsyaAllah, pada 3 dan 4 September, saya akan ikuti satu kursus motivasi industri.. Nak keluarkan benda yang terpendam dalam diri ni.. nak dapatkan semangat.. Agar apa saja yang dilakukan, walau teruji dengan apapun, kita dapat lalui.. Kursus tu kat Ulu Tiram, Johor.. –end- :)

Ikhlas dari saya, saya sekarang dah tak memikirkan kat mana nak minta kerja.. Yang saya fikir nak bentuk satu company, dan buat bisnes! Modal? Business saya tak pakai modal besar, bahkan ada yang tak perlu modal pun.. Salah satunya online business, web development, web design, consultant.. Bidang saya, IT.. Kata Irfan Khairi, buat yang anda minat, pasti anda boleh bercerita banyak mengenai apa yang anda minat tu, sebab itu bidang anda.. Bidang komputer, banyak benda boleh diceritakan.. Atau hobi kita.. Hobi juga boleh membuat duit untuk kita.. Kita kongsi hobi tu dengan cara menulis buku dan sebagainya.. Pendek kata, nak buat duit ni banyak cara.. Kalau anda tahu buat sulaman, anda boleh jual informasi macam mana nak buat sulaman dalam bentuk buku atau e-book.. Dan jualkan.. Tu sekadar contoh.. Kalau anda ada ilmu kewangan, anda boleh tulis buku pasal mengawal kewangan, merancangan kewangan atau bagi servis khidmat nasihat kewangan.. So, use our knowlegdes yang kita ada.. Especially yang belajar di institut pengajian tinggi.. Atau yg belajar secara tak langsung.. Kalau tak percaya, anda searchlah kat internet, ada ibu-ibu yang buat duit dengan guna internet jer.. Satu contoh, seorang ibu jual hasil jahitannya kepada seluruh dunia.. Cuba masuk site ni – www.blankees.com.
 
Akhirnya, jadi jua...
08.14.05 (10:22 pm)   [edit]
Dah beberapa hari tak masuk laman blog ini. Biasanya di hari minggu, saya jarang masuk ke internet sebab tak ada kemudahan.. Kat UTM ni memang ada kemudahan internet, samada kat fakulti, perpustakaan dan dewan komputer (kelajuan 100MBs!). bagi yang ada notebook dengan kemampuan wireless, pergi je kat mana2 yang ada signal wireless (hotspot), surflah siang sampai malam.. Lagipun, diri ni takder transport lagik.. Huhuhu.. Sabar je lah.. Nak banding mereka yang takleh jalan, so kita kene bersyukur apa yg ada, di samping berusaha untuk mendapatkan yang tak ada..

Oklah, berkaitan dengan tajuk blog kali ni, akhirnya jadi jua, bermaksud saya dah pun pergi ke seminar memulakan internet business oleh irfan khairi pada hari semalam (14 Ogos 2005). Selama 4 jam dia mengajar step by step dengan jalan yang mudah dan jelas.. Memang berbaloi bayar RM25.00.. Rendah jer bayaran tu.. Kalau kat luar biasanya RM700++. So, bagi yang tak ambil peluang ni, rugilah, sebab yang bagi speech tu bukan orang teori atau baru bermula, tapi yang dah berjaya, dah dapat juta ringgit pun.. Jadi, saya bersyukur kepada Allah sebab saya dapat juga pergi ke seminar tu. Saya confirmkan pergi petang hari sabtu kepada pihak penganjur.. Dan bayar keesokannya pada hari seminar.. Alhamdulillah.. Di akhir seminar tu, saya sempat bergambar dan mengambil autografnya.. Nanti saya uploadkan gambar tersebut ke blog ni untuk tatapan semua.. Langkah yang ditunjukkan oleh saudara Irfan memang mudah, semua orang boleh buat.. Cuma perlu belajar sedikit terutama bab teknikal seperti buat website, guna software tertentu, web domain & webhosting. Yang ni banyak orang tanya pada hari tu.. Tapi semua orang boleh dapat income dengan internet, cuma kena tahu cara yang betul.. Itu pesan dia.. Kat internet, kita boleh jual apa2pun, kain batik, dodol, budu? , buku, informasi, audio, video, dll.. Cuma kena tengok produk yang kita nak jual tu jenis mana.. Yang ni irfan ajar.. Produk atau Service? Generate prospect atau generate revenue? Macam mana nak buat promosi, mcm mana nak jual produk orang, produk apa yang high profits, teknologi apa boleh guna (dia guna GPRS untuk akses internet, sebab streamyx tak masuk lagi ke area rumah dia , macam mana nak lipat gandakan pembeli, 4 langkah mudah nak start internet business, dan banyak lagilah tips-tips yang berkesan untuk diikuti.. Menarik bukan? Jika dia datang lagi, pastikan anda jangan lepaskan peluang ini!! Percayalah, anda tak akan menyesal..
Saya balik dengan penuh senyuman di bibir, beserta dengan azam yang tinggi untuk berjaya dalam bidang ni.. Internet dah ada, pc dah ada, ilmu dah ada, idea pun dah ada.. Orang kata, perahu dah ader, pendayung pun dah kat tangan, so aper lagi? Dayunglah!!



Yang pasti, irfan dah bagi suntikan semangat untuk saya!!

Penutup bicara, bersama kita jumpa di puncak kejayaan, InsyaAllah.
 
BLOG NI UNTUK APA?
08.08.05 (6:17 pm)   [edit]
BLOG NI UNTUK APA?

Maybe ada yg tertanya, blog ni utk apa sebenarnya? Blog ni utk anda lah.. Terjawab? Hehe, itu satu tapi jawapannya yg sebenar adalah yg ni:

1- Bincang hal2 online bisnes
2- Ditambah juga dengan budaya keusahawanan
3- Apa saja isu & hal-hal lain..

Pendek kata, blog ni akan bincang apa saja hal... :)
 
Program Affiliate
08.08.05 (6:15 pm)   [edit]
Program Affiliate
-----------------

Banyak program2 affiliate di internet, antaranya dapat bayaran dengan hanya baca emel, melayari internet, main game & mcm2 lagi.. Yang mcm ni saya kurang berminat... Ada la sebab dia.. Yang saya suka hanyalah tolong jual produk dari syarikat2 internasional. Pelbagai produk kita boleh tolong jualkan, spt buku, software & mcm2 lagi.. TAPI, pastikan kalau anda ingin buat benda ni, pilih syarikat yg benar2 wujud & kukuh seperti syarikat Yahoo & Amazon.

Produk sendiri pulak mcm mana? Hmm... Idea dah ader, tapi tunggu je lah.. Bila saya dah lancarkan nanti, saya bagi tahu yerr... Yang pasti, produk tu memang sesuai utk semua golongan.. We Must Think Global.. Kat meja saya ni, ada dua buah biji buku online business.. Tak abis baca lagi..

Nasihat saya, kalau yang masih belajar tu, utamakan study anda.. Nak bisnes boleh tapi pandaikanlah membahagi masa... Mudah kata, dua-dua kerja ni bergerak selari..

Jumpa Lagi!
 
Mungkin Tak Jadi Pergi.. :(
08.08.05 (6:13 pm)   [edit]
Mungkin Tak Jadi Pergi.. :(

14 Ogos ini, Irfan khairi datang untuk seminar online bisnes-nya. Namun, mungkin saya tak dapat pergi kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Susah untuk melepaskan peluang ini. Yalah, yuran yg dikenakan hanyalah RM25 sahaja utk student.. Kalau kat luar susah nak dapat harga ni..

Walau apa2 pun, pergi ke tak pergi, diri ini akan tetap bercita-cita utk berjaya di dalam online business.. Bukan MLM, atau lebih2 lagi Skim Cepat Kaya. Bukan juga program2 mengarut yang lain.. Atau program-program membaca email, autosurf atau yg seumpama dengannya.. Jadi, bisnes apa? Secara mudah, saya akan melakukan dua program iaitu program affiliate & jual produk sendiri.. Fasa pertama, saya akan tumpu kepada market di Malaysia, kemudian baru ke internasional. Kenapa kemudian? Bahasa inggeris saya kureng la maa.. :) Grammar itu penting
dalam MEYAKINKAN pelanggan kita dari luar negara... So, sekarang saya nak improve my english skills..
 
Budaya Usahawan di kalangan Mahasiswa
08.08.05 (6:10 pm)   [edit]
Budaya Usahawan di kalangan Mahasiswa

Saya adalah mahasiswa UTM. Bagi mereka yang mendapat pinjaman, tentu tidak merasa perit dan susah mereka yang tidak mendapat pinjaman atau biasiswa..

Apa yang ingin diceritakan di sini adalah, terdapatnya budaya keusahawanan dalam diri mahasiswa di sini (malah di universiti lain). Pelbagai aktiviti perniagaan yang dijalankan.. Ada yang jual burger.. Dari blok ke blok, mereka jaja burger mereka itu dengan suara yang lantang.. Antara lain, ada yang menjual nasi lemak, roti john, coklat, gula-gula, jajan pun ader dan dadih.
Saya ucapkan tahniah kepada mereka ini kerana mereka telah melakukan satu langkah yang bijaksana (Time saya taip ni, saya baru je beli sebiji burger, RM1.00).. Bijaksana? Ya, mereka ni mungkin suatu masa nanti akan menjadi usahawan yang berjaya.. Kerana dari
sini sudah nampak akan kebolehan mereka..

Kita tinggalkan dulu mereka yang menjual dari blok ke blok itu... Kita bincang pula mereka yang melakukan bisnes yang lain pulak.. Hmm.. Bab ni panas sikit.. Kalau ada pembaca yang terasa, minta maaflah.. Skim Cepat Kaya & MLM..
Pergilah di mana-mana universiti, pasti ada group yg melakukan bisnes ini. Skim Cepat Kaya, jelaslah kesalahannya samaada dari segi Agama mahupun undang-undang.. Tapi, mungkin kerana terdesak, mereka lakukan jua. Mereka tahu itu salah, tapi nak buat mcm mana, duit tak ada.. Tapi, ingatlah, duit yang kita dapat itu, kita nak guna utk buat belajar dan mungkin nak bagi pada keluarga kita.. So, bersabarlah di dalam ber-ibadah kepada Allah & bersabar di dalam ujian. Orang yang bertaqwa, Allah akan berikan rezeki yang tak disangka-sangka.. Hmm, MLM apa cerita pulak? Dengar cerita dah ada mereka yang dah mencapai keuntungan beribu-ribu.. Apapun, diharap agar kita semua melakukan dengan penuh ilmu & jangan kerana duit,mata & hati kita terus kelabu... Stop The Discussion. :)
 
Making Money With eBay!!
08.06.05 (8:49 pm)   [edit]
Want Making Money With eBay? Have a goods to sell? Click The Books Images At Right in This Page.. [Buy Books At Amazon!]
 
make a life-changing income of $100,000 to $250,000 with your Internet business
08.05.05 (9:08 pm)   [edit]

 "Learn how to make a life-changing income of $100,000 to $250,000 with your Internet business... even if you're a computer dummy!"


Review: "The Insider Secrets to Marketing Your Business on the Internet" by Corey Rudl"


I've just finished reading the brand-new 2005 version of Corey Rudl's top-selling Internet marketing system, "The Insider Secrets To Marketing Your Business On The Internet," and frankly, I'm overwhelmed by the huge amount of critical wealth-building information he's managed to pack into these two hefty binders and 3 CDs!


But I guess I shouldn't be surprised; after all, when the box containing these materials showed up at my door, it weighed in at over 10 pounds!


That's 10 pounds of the most comprehensive marketing strategies, test results, case studies, tools, and ideas for generating a life-changing income online (from $1,000s to over $1 million) you're ever likely to read!


I'm talking about information like...



  • Step-by-step advice for starting your own Internet business in as little as 48 hours!


  • How to build a top-selling web site... for less than $100!


  • Where to find hot products to sell (in 20 minutes or LESS)!


  • 100s of FREE and cheap online tools, resources, and software


  • How to get 1,000s of qualified NEW visitors to your web site... for FREE!


  • How to get #1 rankings in the search engines and get tons of FREE traffic from the "Big Guys" like Google!


  • Secrets to writing sales copy that can increase sales by up to 400% (or MORE)!
  • And much more!

If you're unsure who Corey is, you should know that he's been a recognized expert in online marketing for a decade now. Not only has he generated $40,000,000 in online sales, his sites also attract 450,000 visitor a week!


What's really great about Corey is that he can show ANYONE how to have a wildly profitable Internet business (that takes just a few hours each day to run)...


... even if you're an absolute computer dummy!


And if you already have an Internet business, he can help YOU, too. The advanced sections of his system show you how you can increase your sales by 400%... 700%... even as much as 1,000%!


I give Corey's system the highest rating possible! Its 1,300+ pages of step-by-step lessons contain the exact SAME tested and proven fast-growth strategies he has personally used to generate over $40 million in online sales -- starting on a shoestring budget!


And it's the SAME SYSTEM that literally 1,000s of his students have used to drive "truckloads" of cash out of the Internet.


I strongly urge you to check out Corey's wealth-building system as soon as possible! Click here for a FREE preview.

 
Whose The Next Corel Rudl??
08.03.05 (9:23 pm)   [edit]

How does Corey Rudl earn $5,200,000 each year just using Internet?!


"I just got back from a 3-week trip to Europe and Asia and while I was gone, $376,292 dollars was deposited into my bank account through my online businesses -- and I didn't have to lift a finger!" -Corey Rudl-


He started his online business with a ebook called Car Secret Revealed that a guide to buy a new car. With this ebook, his profits after 12 months is $140,000!! Its net profits!!


From there he went on to create a whole lot of other sites, each generating revenue, automatically, without him even having to be there! Although he in holidays, travels, sleeps, anywhere and anytime.. He still makes money!

To know more about his products, please visit this link.. : http://www.marketingtips.com/...

 
PESANAN DARI RAHSIAINTERNET.COM - SALAH GUNA NAMA IRFAN KHAIRI
08.03.05 (8:40 pm)   [edit]

Pada edisi hari yg lepas, saya ada menyatakan ada segelintir mereka yg mempergunakan nama irfan khairi dalam program2 berasaskan web.. Saya dah mengagak, bahwa pihak irfan khairi akan terkejut dengan situasi ini.. Saya menekankan hal ini kerana saudara irfan tidak berniaga melalui rumah dengan menyertai MLM atau skim cepat kaya melalui internet, tetapi menjual produK dan berlaku proses jual beli.. Bukan seperti program2 yg ditawarkan oleh mereka yg hanya berselindung di balik alamat emel..

Untuk keterangan lanjut hal ini, sila lawati laman berikut: http://www.rahsiainternet.com/penting.htm" title="http://www.rahsiainternet.com/penting.htm" target="_blank"http://www.rahsiainternet.com...

 
Be A Millionaire : Just Using Internet
08.02.05 (2:06 am)   [edit]

English Version:


Want to be a millionaire? The next Bill Gates?? Do you know Irfan Khairi? Visit him at www.rahsiainternet.com!! He is millionaire from Malaysia that making money ONLY using internet...


p/s: Versi entry ni utk pelayar dari luar negara..

 
Petikan Harian Metro
08.02.05 (12:38 am)   [edit]

Skim piramid menjurus skim cepat kaya




SKIM piramid ialah skim perkiraan bagi pengedaran atau penjualan komoditi. Seseorang itu mendapat faedah wang yang tidak bergantung pada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan dijual atau diedarkan kerana ia diasaskan kepada penajaan seorang atau lebih peserta ke dalam skim itu.

Ciri-ciri skim piramid adalah seperti berikut:

1. Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.

2. Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa singkat berdasarkan bilangan ahli ditaja.

3. Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.

4. Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan itu.

Kerajaan mengambil langkah mengharamkan skim ini kerana ia lebih menjurus kepada skim cepat kaya yang memberi keuntungan hanya kepada segelintir peserta di peringkat tertinggi dan tidak kepada sebahagian besar peserta di peringkat bawah.

Dengan kata lain, hanya beberapa peserta terawal atau atasan saja mendapat faedah atau pulangan lumayan manakala sebahagian besar peserta di peringkat bawahan hanyalah penyumbang supaya peserta atasan dapat menikmati faedah.

Kerajaan sedang menggubal Akta Anti Piramid bagi mengharamkan skim ini dan akan mengenakan hukuman mandatori (denda dan penjara) ke atas penganjur dan juga peserta skim.

Bagaimana jika didatangi penganjur skim piramid?

1. Periksa sama ada syarikat itu mempunyai lesen sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.

2. Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.

3. Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDNHEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.


Ref: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesda y/Info/20040817094642/Art icle/indexs_html" title="http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesda y/Info/20040817094642/Art icle/indexs_html" target="_blank"http://www.hmetro.com.my/Curr...

 
Skim Cepat Kaya!!
08.02.05 (12:28 am)   [edit]

Assalamu'alaikum,


Anda ada masa? Ingin elak dari penipuan skim cepat kaya (SCK)?? Tahu apa itu SCK? Silalah masuk ke laman web yg di bawah...


http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kew angan/skim_cepat_kaya.htm" title="http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kew angan/skim_cepat_kaya.htm" target="_blank"http://www.sabah.org.my/bm/na...


PASTIKAN ANDA BEBAS DARI BELENGGU SKIM CEPAT KAYA.. CARILAH HARTA DENGAN JALAN YANG DIREDHAI-NYA..

 
Nama Irfan Khairi dipergunakan..
08.01.05 (9:35 pm)   [edit]
Pertama sekali, sebelum saya teruskan menaip, pohon maaf jika apa yang dinyatakan ini salah..

Sedia maklum, irfan khairi mula dikenali ramai.. namun sedihnya, ada segelintir mereka yg menggunakan nama beliau di dalam mempromosikan business mereka.. Bagi saya, untuk menyatakan irfan khairi sebagai contoh, saya tidakkisah, tetapi business mereka bukanlah sebenar-benar business spt mana yg dilakukan oleh saudara irfan.. Maaf jika salah, business mereka lebih banyak berorientasikan Skim Cepat Kaya yg diharamkan oleh kerajaan. Matrix, Binari.. Hasil carian saya menunjukkan Skim Cepat Kaya secara online sudah mula tumbuh kembali.. Mereka hanya membayar wang, kemudian mereka akan duduk goyang kaki tanpa menjual apa-apa produk. Merujuk kepada Kementerian Perdagangan, sesuatu skim cepat kaya itu adalah tiada belian ulangan oleh ahli. Inilah salah satu ciri skim cepat kaya. iaitu hanya sekali menjual, kemudian tunggu duit masuk mencurah-curah... Satu lagi adalah teknik matriks samada binary atau laia2 juga diharamkan oleh kerajaan.

Internet memberikan kita peluang utk berniaga tanpa sempadan, dengan hanya di hujung jari. Tetapi, pastikan ia dilakukan dengan terbaik dengan etikanya, serta tidak melanggar undang2... lebih2 lagi bagi yang berAgama Islam.. Pastikan apa yg dilakukan benar2 diizinkan oleh syarak...

Sekian daripada saya...
 







Buy WebHosting Now!!