True Marketing Idea

Bicara Perniagaan Internet..


Blog For Free!


Archives
Home
2006 March
2005 December
2005 September
2005 August
2005 July

My Links
Blog SmartUsaha
SaifulSham
Rahsia Internet
mysticdreamworks
Irfan Khairi
Millions Deal
Internet Marketing Center
Rohani's Blog
MotivasiMinda
Bisikan Nurani
moneyclicking

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)







Contact Me:
smartzul@yahoo.com


Ingin mengiklan??
07.30.05 (6:23 pm)   [edit]

Ada satu site yg dibangunkan oleh 2 orang anak muda yg menceburkan diri mereka ke dalam online business.. Jika anda ingin mengiklan, silalah ke laman tersebut di : http://iklaneka.saifulsham.com" title="http://iklaneka.saifulsham.com" target="_blank"http://iklaneka.saifulsham.co.... tetapi ingat, iklankan perkara2 yg memberi manfaat sahaja & mengikut peraturan yg ditetapkan.. Di site mereka juga, anda boleh mendownload ebook percuma mengenai petuaiklan yg berkesan.. Silalah!

 
Kata-Kata Irfan Khairi..
07.30.05 (6:06 pm)   [edit]

Ada satu kata-kata dari Irfan Khairi untuk sesiapa sahaja, terutama mereka yang bergiat dalam bidang online business:


"Apa juga yang anda lakukan, jangan fikir duit dulu, buat kerana minat. Kalau tidak anda akan merasa ralat.. Saya melakukan semua ini kerana hobi dan minat, duit datang kemudian... Dan saya akan terus melakukan perkara ini walaupun tidak mendapat duit.."
-dipetik & diedit dari: www.mysticdreamworks.com-


Satu kata-kata yg boleh dijadikan panduan dalam online business... InsyaAllah.

 
Jadi Jutawan??
07.30.05 (5:56 pm)   [edit]

SAper yang tak nak jadi jutawan.. Tapi ada juga manusia yang tak suka bila kita kata cita-cita kita adalah nak jadi jutawan.. Tak cukup dengan ketawa & senyum sinis, mereka tambah lagi dengan andaian bahwa orang yg bercita-cita begitu gilakan dunia dan harta.. Macamlah hidup lama sangat kat dunia ni... Saya ada satu persoalan yg cepu emas utk dijawab & dibincang bersama.. Jika kita beramal soleh hanya utk diri kita sahaja, hanya kita yg dapat ganjarannya.. Tetapi, jika kita mempunyai harta, kita dapat membina masjid utk kegunaan umat Islam, ber-infaq untuk jalan Allah, membantu faqir-faqir miskin & juga membantu ulama-ulama dalam menuntut ilmu Agama & juga untuk usaha dakwah mereka... Selain itu, dengan sedikit harta juga, kita dapat membantu anak-anak yatim yg tiada tempat bergantungan, ibu-ibu tunggal.... Ini semua dituntut dan digalakkan oleh Agama.. Kita hidup bukan untuk sendiri-sendiri.. Amat tidak wajar jika dikatakan orang yg sibuk mengejar harta adalah gilakan dunia.. Siapa tahu niat hati masing2?? Hanya Allah Yang Tahu apa niat setiap orang..


Saya meletak topik ini hanya sekadar renungan.. Bukanlah untuk mengatakan semua orang perlu jadi jutawan.. Tidak.. Tetapi ingin menyatakan bahawa, amat pentingnya jutawan yg zuhud, yg tidak cintakan dunia.. Tapi sebaliknya, dengan harta yg ada, dia diredahi oleh Allah..


Mungkin pendapat ini ada kekurangan, namun yang baik, sama-sama kita fikirkan, yang buruk kita tolak jauh-jauh... Yang benar hanyalah firmanNYA..


Wallahu'alam.

 
Ranking Ke-6??
07.30.05 (5:48 pm)   [edit]

Semalam saya ada cerita pasal ranking blog saya.. Hari ni ahad, 31 Julai 05. Saya saja nak cari lagi pasal irfan khairi, dapat je hasil carian, blog saya berada di ranking ke-6 dah... Semakin banyak saya masukkan word irfan khairi site blog saya, semakin tinggi site saya dalam rank Google.. Kalau guna yahoo search tak tahulah.. Tak cuba lagi... So, kesimpulannya... Word dalam content web kita memainkan peranan yg penting dalam memastikan site kita berada di tangga yg berapa... Ni maybe selepas saya taip banyak-banyak pasal irfan khairi, semakin tinggilah kot ranking blog saya dalam google...

 
Blog Smartbiz antara top ten dalam google
07.29.05 (3:30 am)   [edit]

Blog smartbiz baru beberapa hari dilancarkan... Biasanya, satu-satu site akan tersenarai dalam enjin carian dalam masa beberapa hari.. (seminggu?). Tapi dalam masa tiga hari, dan entry yg terbaru saya masukkan tadi mengenai irfan khairi terus dapat dijumpai oleh Google!! Tak percaya?? Cuba anda masuk laman Goole & taip irfan khairi + johor kat datang box carian.. Dan lihat laman blog ini di tangga ke berapa.. Itu carian spesifik, jika ditaip irfan khairi sahaja, blog ini akan berada di ranking ke 21 daripada 992 laman yg ada word irfan khairi..

Mengapa saya membincangkan hal ini?? Satu, kepentingan ranking itu sendiri dan juga kelebihan blog.. Sila rujuk entry saya yg lepas mengenai blog & kelebihannya..


Bertemu kembali nanti...

 
Seminar Separuh hari Bersama Irfan Khairi
07.29.05 (1:43 am)   [edit]

Terlupa saya untuk bagi tahu kepada pengunjung, bahwa irfan khairi akan datang ke UTM, Skudai Johor dalam rangka menyampaikan satu ceramah mengenai Online Business..


Bukan nak promote tapi just information. Saper-saper yg berminat, boleh hubungi pihak SPACE UTM.. Tapi, seminar ini HANYA UTK STAF & STUDENT UTM SAHAJA...


Yurannya murah, so apa lagi.. Saya tak akan lepaskan peluang ini untuk bertemu dengan sifu irfan khairi.. :)

 
Irfan Khairi + Rahsia Internet-nya
07.28.05 (9:26 pm)   [edit]

Assalamu'alaikum,


Jumpa lagi ari ni.. Apa yg nak dikongsi bersama adalah mengenai irfan khairi yang namanya mula meniti di bibir rakyat Malaysia.


Siapa dia?
Berikut adalah sedikit mengenai beliau yang dipetik dari lamannya, rahsiainternet.com:
mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Stafffordshire University, United Kingdom.
menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd selepas menamatkan pengajian ijazahnya.
- Memulakan perniagaan internet pada tahun 1999 secara sambilan
- Setahun kemudian, beliau mengambil keputusan untuk melaksanakan business onlinenya secara serius dan sepenuh masa
apabila income yg diperolehinya melebihi gaji kerja 9-5 nya
- Percaya atau tidak, beliau selepas itu hanya bekerja dari rumahnya hanya dengan laptop dan internet! Dan dengan sepenuh masa!!

Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000. Ketika itu umurnya adalah 25 tahun.
- SEHINGGA KINI, beliau masih lagi bekerja dari rumah di samping isteri dan anak-anak yg tersayang!


Anda bagaimana?? Bolehkah anda mengikut jejak langkahnya? Menjadi jutawan internet?? Jawapannya TIDAK MUSTAHIL jika betul dan kena caranya...


Lawatlah laman web rasminya : www.rahsiainternet.com

 
Mengapa Blog??
07.27.05 (9:06 pm)   [edit]

Assalamu’alaikum,


 


Jumpa lagi kita hari ni.. Mungkin blog saya ini masih belum tersusun samada dari segi link dan terutamanya dari segi content dan penyampaian. InsyaAllah, dalam masa yang terdekat ini, saya akan mula menggunakan pendekatan step by step bagi perbincangan online business ini..


 


Mengapa saya pilih blog??


 


1. Blog mudah dan cepat di dalam merekod dan menyampaikan sesuatu. Dan yang lebih penting adalah ilmu yang saya tahu itu dapat diketahui sama oleh orang lain. Jadi, andaikata saya dah meninggalkan dunia ini, ilmu atau pengetahuan saya, tetap wujud di dunia ini sehinggalah hari kiamat. J


 


2. Blog juga sebenarnya adalah satu cara utama ataupun trend bagi mereka yang melakukan online business. Mengapa? Apa kelebihannya?? Di sini saya hanya akan menyenaraikan beberapa kelebihan blog dalam internet business dan yang selebihnya anda boleh mencari di dalam internet (tanya pakcik Google).


 


Jika anda masih kurang atau tidak faham pasal blog tersebut dalam perbincangan di entry ini, JANGAN BIMBANG dan pening... Saya sentuh bab blog tersebut kerana saya ingin nyatakan mengapa saya ingin menggunakan blog.. Jika anda tidak faham, ikutilah siri-siri artikel atau perbincangan yang akan menyusul kemudian.. Untuk pendahuluan, silalah rujuk link di bawah yang boleh membantu:


http://www.blogkits.com/archives/2004/12/chri stmas_time.html" title="http://www.blogkits.com/archives/2004/12/chri stmas_time.html" target="_blank"http://www.blogkits.com/archi...
http://www.guardian.co.uk/online/story/0" title="http://www.guardian.co.uk/online/story/0" target="_blank"http://www.guardian.co.uk/onl...,3605,884658,00.html
http://www.allbusiness.com/blog/WhyBlog/3964/002 322.html" title="http://www.allbusiness.com/blog/WhyBlog/3964/002 322.html" target="_blank"http://www.allbusiness.com/bl...


 


3. Antara sebab lain, saya ingin membina hubungan.. Hubungan apa?? Jangan salah faham... J Maksud di sini ialah hubungan persahabatan dengan blogers yang lain serta pengunjung-pengunjung yang datang ke blog ini..


 


Itu saja untuk masa ni.. Kalau sempat lagi, saya tambah lagilah entry untuk ari ni..


 


Sekian.

 
Salam Perkenalan
07.27.05 (6:12 pm)   [edit]

Perkenalan...


 


J Pertama sekali, maaf ingin dipinta... Dah 2,3 entry dimasukkan, tapi diri ini masih lagi belum memperkenlkan diri.. Perkenalkanlah diri ini yang bernama Mohd Zulfadli.. Orang panggil Zul.. Sekarang saya di tahun akhir Degree Sains Komputer di UTM, Skudai Johor.. Tak lama lagi dapatlah degree yang diusahakan selama ni.. Berhempas pulas siang dan malam.. Tu je kot.. Rasanya dah cukup kot..


 


 


Balancing in my blog


 


Hmm.. betul ke tak tajuk entry kali ni.. Yang penting nak pandai bahasa inggeris sebelum grad.. Kalau tak susah nak dapat kerja.. Buat malu jer 5 tahun belajar tapi BI tak pandai2.. J Oklah.. apa yang dikatakan balance tu pada blog ni? Walau tajuk kat atas tu True Marketing Idea yang fokus pada internet bisnes, tapi saya juga akan masukkan content yang bervariasi seperti tazkirah, pengalaman, berita semasa dan apa-apa yang bermanfaat untuk semua...


 


Tu je lah... Tajuk bukan main power (ye ker power??) : Balancing bla bla bla.. Tapi tu je nak bagi tahu...

 
Artikel tambahan
07.26.05 (11:22 pm)   [edit]

Artikel?? Hehe.. Malas nak menaip, so carilah kat internet jer.. Saper2 yg nak tahu how to start e-business ni, kat site ni ada artikel2 yang ajar mcm mana nak mulakan perniagaan di internet ni..


Baca JANGAN TAK baca...


Sila klik link kat bawah ni:
http://www.entrepreneur.com/howto/e-business/0" title="http://www.entrepreneur.com/howto/e-business/0" target="_blank"http://www.entrepreneur.com/h...,6473,,00.html :lol:


Jumpa Lagi...

 
4 Langkah mudah online business..
07.26.05 (11:15 pm)   [edit]

Ini 4 langkah mudah jer..


1. Ada produk yang nak dijual. Kalauu boleh, bidang yang anda expert atau minati..
2. Ada laman web untuk promote dan jual produk anda
3. Ada cara pembayaran (kad kredit? Wang pos? Bank Transfer?)
4. Terima duit & hantar barangan yang dipesan oleh pembeli..


Mudah tak?? Memang mudah tapi ada lagi perkara-perkara yang perlu kita pelajari sama-sama..


p/s: Aku pun masih dalam proses belajar. Kita sama-sama belajar.. :)

 
Buat duit di internet??!
07.26.05 (9:30 pm)   [edit]

Percaya atau tidak, anda boleh membuat duit hanya dengan menggunakan internet.. Walau mudah dikata, tapi jika anda tahu caranya.. mungkin pendapatan yang anda dapat melebihi gaji bulanan anda..


Perniagaan internet? Apa tu?? Pertama sekali, skop perbincangan kita tak termasuk MLM, Skim Cepat Kaya atau yang seangkatan dengannya... Sorilah, saya tak menyukai MLM kerana... adalah sebabnya..


Irfan Khairi, salah seorang anak Melayu yang jadi jutawan hanya dengan melakukan bisnes secara online. Hanya dalam beberapa tahun, dia dah jadi jutawan. Nak tahu kisah dia, belilah Majalah Maskulin bulan Julai. Dia jadi cover muka depan..


Pendek ceritanya, firstly saya nak tahulah apa komen anda semua mengenai bisnes secara online..??


Jumpa lagi!! :)

 
entry yang pertama
07.25.05 (2:14 am)   [edit]
Assalamu'alaikum and good evening..

Selamat datang ke blog saya. Blog ini lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan secara online. Bukan Skim Cepat Kaya atau MLM.. Tetapi benar-benar perniagaan yang berasaskan kepada pengetahuan (knowledge).

Nantikan artikel-artikel, ebook percuma dan lain-lain lagi..

Salam perkenalan dan jumpa lagi..

English Version:

Hi.. I'm so happy you all comes to my blog.. Well, this is my first entry and makesure you come back again to get the informations about online business..

See you later!!
 







Buy WebHosting Now!!