 Blog For Free!
Archives
Home
2006 March
2005 December
2005 September
2005 August
2005 July
My Links
Blog SmartUsaha
SaifulSham
Rahsia Internet
mysticdreamworks
Irfan Khairi
Millions Deal
Internet Marketing Center
Rohani's Blog
MotivasiMinda
Bisikan Nurani
moneyclicking
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Contact Me:
smartzul@yahoo.com
|
| Lawati Blog SmartUsaha.Com - Tips dan Triks Perniagaan Internet |
| 03.07.06 (11:33 am) [edit] |
|
Assalamu'alaikum / Salam Sejahtera. Selamat datang ke sini, blog smartbiz. Tetapi, blog ini telah lama di tutup. :) Smartbiz telah lama berpindah ke smartusaha.com sebagai portal utama dan untuk blog, URL http://blog.smartusaha.com telah digunakan. Lawatilah blog saya tersebut untuk mendapatkan tips dan panduan untuk membina perniagaan di internet. Sebuah blog yang akan membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet! Di blog tersebut, anda akan mendapat informasi dan panduan mengenai SEO, sumber rujukan, contoh usahawan internet, perniagaan affiliates, panduan e-bisnes, teknik perniagaan, motivasi usahawan dan banyak lagi. Lawati sekarang! http://blog.smartusaha.com" title="http://blog.smartusaha.com" target="_blank"http://blog.smartusaha.com
|
|
|
| |
| Sila ke SmartUsaha.. |
| 12.03.05 (10:36 pm) [edit] |
|
Sila ke SmartUsaha.Com untuk sambungan bagi blog ini.. Namun, sila baca dulu blog ini.. :)
SmartUsaha.Com
"sumber rujukan perniagaan internet anda.."
|
|
|
| |
| Entry Terakhir... :( |
| 09.27.05 (11:17 am) [edit] |
Komen terakhir untuk blog di sini.. :)
Assalamu’alaikum,
Sekali baca tajuk entry ni, maybe pembaca sekalian terutama yang selalu masuk ke laman blog ni terfikir, bahwa saya ni dah nak stop menulis blog ke...?
Tidak.. Mana mungkin! Menulis blog ni kewajipan saya walau sibuk mcm mana sekalipun, walau sekali sebulan menulis, jadilah.. Ia salah satu rutin yang perlu saya lakukan sebagai jalan untuk mencapai apa yang dicitakan, iaitu usahawan internet..
Yang dimaksudkan dengan komen terakhir adalah, saya akan beralih ke blog saya yang rasmi iaitu www.smartusaha.com iaitu domain yang telah saya daftar di awal bulan september.. Oleh itu, untuk mereka yang selalu masuk ke blog saya ini, silalah ke laman blog saya di URL smartusaha itu.. Apa yg akan dikarang di sini, sama saja apa yg akan dikarang di laman blog baru saya tersebut. Perisian blog yang akan saya gunakan ialah wordpress, iaitu open source software.. Just setting menggunakan fantastico melalui akaun hosting saya. Saper nak, belilah... please contact me.. :) Mesti anda juga tertanya, kenapa saya gunakan konsep blog utk laman web saya tu.. Jawapannya mudah, saya nak sampaikan maklumat dengan gaya yang mudah dan tidak terlalu formal, di samping dapat berinteraksi dengan pengunjung2 laman web saya.. Seperti mana yg saya katakan, laman www.smartusaha.com adalah portal atau pintu utama kepada laman-laman web saya yang lain... nantikan produk-produk atau hasil saya sendiri nanti..
Dah lama tak tulis blog, naper..? Dah lama tak tulis blog & banyak benda yg telah saya lalui.. Yang paling tak dapat dilupakan, saya diberi peluang utk bercakap (talk) mengenai web domain & hosting serta mengenai internet business... Saya bukannya orang yg layak utk bercakap, tapi, ia satu peluang yg tak boleh ditolak kerana bagi saya ia satu permulaan bagi saya sebelum melangkah lebih jauh... Jadi macam irfan khairi kot... J Saya diberi peluang dua kali iaitu pada 17 & 24 September 2005, & kedua-dua saya penuhi.. Walau xder pengalaman berceramah & tak pandai berceramah, saya cuba buat yg terbaik! “We can learn from mistakes right?”.
Untuk makluman, saya terpaksa fokus kepada projek tahun akhir saya & insyaAllah, dah settle nanti & start cuti semester, saya akan tulis banyak kali dalam sehari dan tiap2 hari.. Hehehe...
Pesanan Kepada kawan-kawan, internet membuka peluang kepada kita untuk berniaga, maka jangan lepaskannya... Sesiapapun boleh lakukan, hatta budak sekolah rendah! Siapa yang terlambat, dia yang rugi...
Selamat tinggal tblog & terima kasih kepada pengunjung smartbiz.tblog ini.. Sayang juga nak tinggalkan tblog ni, tapi apakan daya, perubahan mesti dilakukan untuk mencapai yang terbaik... DAN, selamat datang smartusaha.com!!
www.smartusaha.com webmaster@smartusaha.com
|
|
|
| |
| www.smartusaha.com |
| 09.06.05 (3:42 am) [edit] |
|
Assalamu'alaikum & salam sejahtera,
Entry ni pendek jer... Just nak bagitahu yang saya dah daftar domain sendiri & dah beli 100MB hosting!! Alhamdulillah.. Dah lama nak beli, cuma tunggu cukup budget & masa jer.. Dan ia telah terealisasi... Nantikan laman web rasmi saya.. :)
www.smartusaha.com
p/s: saper nak beli domain name dgn harga rm40 & hosting sebesar 100MB yg berharga RM45 (sahaja!!) setahun, sila emel saya di smartzul@yahoo.com
|
|
|
| |
| REALITI ONLINE BUSINESS DI MALAYSIA |
| 09.01.05 (5:43 pm) [edit] |
|
Assalamu'alaikum,
Harap pengunjung blog ini sihat selalu.. Dah lama tak masukkan entry baru. Al-maklum, bukan setakat saya ni student, tapi bekerja part-time lagi.. Tambah pulak dengan bisnes sampingan yang lain.. Target saya, insyaAllah paling kurang 3 entry saya akan masukkan ke dalam blog saya ini setiap minggu. Yang mana saya janjikan spt artikel memulakan program affiliate, saya tetap ingat.. Cuma masa yang akan menentukan bila saya akan masukkan ke blog ini.
Di kesempatan ini, saya ingin 'mengeluh' atau memberi komen sedikit mengenai internet bisnes di Malaysia sekarang.. Ikhlas saya katakan, tak sampai 1% mereka yang menjalankan internet bisness dengan cara yang betul.. itu belum lagi ditambah dengan 'bisnes' yang entah apa-apa.. Itu hanya anggapan saya setelah bertahun-tahun melayari internet & membuat sedikit kajian serta pemerhatian.. Kita masih jauh berbanding mereka di luar negara. Boleh dikatakan, secara rata-rata ramai orang kita menggunakan internet untuk bisnes skim cepat kaya & MLM.. Skim Cepat Kaya spt Program Derma Menderma (mengambil deposit tanpa kebenaran kerajaan), dan lain-lain adalah salah di sisi undang-undang. Mereka yang melakukan program spt ini bernasib baik kerana undang-undang siber masih belum wujud sepenuhnya.. Ada juga menggunakan nama affiliate utk melindungi hakikat sebenar skim cepat kaya yang hanya mengkayakan mereka yang di atas.. Namun, harapan saya agar program spt ini akan berkurangan di suatu masa kelak. MLM? maksud saya di sini MLM yang tidak berdaftar & hanya bersifat sementara.. Yang atas sahaja yang akan mendapat lebih, tiada plan jangka panjang spt kursus, taklimat, dll.. Yang atas tidak lagi mengendahkan yang bawah, yang dilihatnya adalah DUIT, dan yang dingini, orang bawahnya BERTAMBAH.. Sampai suatu ketika, yang PANAS akan menjadi SEJUK.. Yang atas, akan 'LARI', yang bawah menyesal TIDAK BERGUNA!
Memang ramai yang melakukan online bisnes, menjual barang dan sebagainya, tetapi sayang seribu kali sayang, mereka masih kurang memahami erti & hakikat sebenar. SALAH SATU-nya adalah spt ini : "Belilah produk ini!!". Memang boleh melakukan begitu, tetapi ada cara lain yg lebih baik. Cara begitu adalah menekan pengguna, dan kita sendiri pun dalam dunia seharian tidak suka jika ada orang yang tiba-tiba datang kepada kita & mengatakan, "encik, belilah ini!!". Tanpa perkenalkan diri, tanpa mukaddimah, tanpa penerangan detail, bahkan kita tidak kenal & tak pernah nampak pun mereka.. Maka kita pun ragu untuk membeli barang itu.. Banyak teknik yang boleh kita lakukan untuk 'menjalinkan' hubungan dengan bakal & pelanggan kita.. Hanya mereka yang ingin mengkaji & mempelajari sahaja yang akan benar2 melakukan online bisnes dengan betul..
Satu contoh lain lagi, SPAM. iNBOX Emel saya setiap hari dipenuhi dengan SPAM. Apa itu SPAM? E-mel yang kita tidak kehendaki & kita tidak kenal siapa penghantarnya. Emel yang saya dapat itu kerana saya yg inginkan.. namun, sedih, kecewa, emel yang sama dihantar pada setiap hari.. Ini juga SPAM. Hantar benda yang sama. Memaksa meyertai program yang dilancarkan.. Menekan & terus menekan. Saya unsubscribe, namun emel tetap berkunjung tiba.. Mudah dikata, mereka tiada etika!! Pesanan saya, JAUHILAH SPAM jika anda tidak mahu DIBENCI oleh bakal & pelanggan anda.. Sekali lagi, JAUHILAH SPAM!
Kad kredit. Website luar negara banyak menggunakan kad kredit untuk proses pembelian. Bagi di negara ini, penggunaannya masih di tahap rendah oleh rakyatnya. Bukan saya ingin menganjurkan semua org memakai kad kredit, bahkan saya sendiri pun TIDAK AKAN menggunakannya. Sebagai alternatif (cara utama?), kita boleh gunakan bank in atau transfer wang melalui perbankan elektronik spt maybank2u & channel-e. Cara lain, cek, wang pos & postal order. Itu untuk pembeli dari Malaysia. Bagaimana dengan dari luar negara? Anda boleh menggunakan method pembayaran kad kredit. Bukan anda yang perlu ada kad kredit, bahkan tidak perlu. Maksudnya, anda gunakan khidmat money processor spt worldpay & 2checkout. Pembeli yg ada kad kredit akan membeli produk anda dengan kad mereka. Worldpay atau 2checkout itu akan memproses pembayaran tersebut & mereka akan menghantar cek kpd anda.. Utk keterangan lanjut, lawatilah www.worldpay.com & www.2co.com. Ada juga third party processor spt paypal.com. stormpay.com & e-gold.com. Lawatilah laman mereka utk keterangan lanjut..
Akhir sekali, sama-samalah kita berganding bahu agar kita dapat mengharmonikan dunia online bisnes di Malaysia.. Ingatlah, kita membawa nama Malaysia & maruah kita ke seluruh dunia.. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan sebab seorang yang menyalahguna, yang lain disalahkan terbabit juga.. Jadilah netpreneur yang beretika..
Salam Kejayaan!
|
|
|
| |
| Lama tak taip blog.. |
| 08.22.05 (6:21 pm) [edit] |
Assalamu'alikum & good morning.. ops, dah tengahari lerr..
Erm, dah lama tak masukkan entry baru dalam laman web ni. Bukan apa, sibuk dengan projek sarjana muda yang perlu disiapkan ikut time.. Tambah lagi minggu ni penuh dengan ujian dan tugasan yang perlu dihantar. So terpaksalah lupakan jap blog ni.. Tapi bisnes tetap jalan. Bisnes? Ader ler, takat affiliate jer..
Oh ya, kat sini saya nak promote satu buku bagi mereka yang nak kahwin, tapi bermasalah duit. Haha, buku ni TAK AKAN ajar anda buat duit dgn autosurf, MLM, apa lagi SKim Cepat Kaya.. Anda akan diajar dengan cara yang relaliti dan nyata. Yang pasti cara yang halal..
Oklah, kalau nak tahu lebih lanjut, masuk ke laman ini : http://www.maskahwin.com/inde...
Jumpa lagi...
|
|
|
| |
| Aktiviti Cuti Mid-Sem |
| 08.14.05 (10:28 pm) [edit] |
Cuti pertengahan semester dah tak lama. Kebanyakan pelajar dah fikir bila nak balik, bila nak beli tiket. Kalau orang fikir nak balik, saya pun nak balik.. Tapi mungkin saya terpaksa melupakan sekejap pasal balik kampung ni. Sebab raya nanti pun boleh balik.. Bila2 boleh balik.. InsyaAllah, pada 3 dan 4 September, saya akan ikuti satu kursus motivasi industri.. Nak keluarkan benda yang terpendam dalam diri ni.. nak dapatkan semangat.. Agar apa saja yang dilakukan, walau teruji dengan apapun, kita dapat lalui.. Kursus tu kat Ulu Tiram, Johor.. –end- :)
Ikhlas dari saya, saya sekarang dah tak memikirkan kat mana nak minta kerja.. Yang saya fikir nak bentuk satu company, dan buat bisnes! Modal? Business saya tak pakai modal besar, bahkan ada yang tak perlu modal pun.. Salah satunya online business, web development, web design, consultant.. Bidang saya, IT.. Kata Irfan Khairi, buat yang anda minat, pasti anda boleh bercerita banyak mengenai apa yang anda minat tu, sebab itu bidang anda.. Bidang komputer, banyak benda boleh diceritakan.. Atau hobi kita.. Hobi juga boleh membuat duit untuk kita.. Kita kongsi hobi tu dengan cara menulis buku dan sebagainya.. Pendek kata, nak buat duit ni banyak cara.. Kalau anda tahu buat sulaman, anda boleh jual informasi macam mana nak buat sulaman dalam bentuk buku atau e-book.. Dan jualkan.. Tu sekadar contoh.. Kalau anda ada ilmu kewangan, anda boleh tulis buku pasal mengawal kewangan, merancangan kewangan atau bagi servis khidmat nasihat kewangan.. So, use our knowlegdes yang kita ada.. Especially yang belajar di institut pengajian tinggi.. Atau yg belajar secara tak langsung.. Kalau tak percaya, anda searchlah kat internet, ada ibu-ibu yang buat duit dengan guna internet jer.. Satu contoh, seorang ibu jual hasil jahitannya kepada seluruh dunia.. Cuba masuk site ni – www.blankees.com.
|
|
|
| |
| Akhirnya, jadi jua... |
| 08.14.05 (10:22 pm) [edit] |
Dah beberapa hari tak masuk laman blog ini. Biasanya di hari minggu, saya jarang masuk ke internet sebab tak ada kemudahan.. Kat UTM ni memang ada kemudahan internet, samada kat fakulti, perpustakaan dan dewan komputer (kelajuan 100MBs!). bagi yang ada notebook dengan kemampuan wireless, pergi je kat mana2 yang ada signal wireless (hotspot), surflah siang sampai malam.. Lagipun, diri ni takder transport lagik.. Huhuhu.. Sabar je lah.. Nak banding mereka yang takleh jalan, so kita kene bersyukur apa yg ada, di samping berusaha untuk mendapatkan yang tak ada..
Oklah, berkaitan dengan tajuk blog kali ni, akhirnya jadi jua, bermaksud saya dah pun pergi ke seminar memulakan internet business oleh irfan khairi pada hari semalam (14 Ogos 2005). Selama 4 jam dia mengajar step by step dengan jalan yang mudah dan jelas.. Memang berbaloi bayar RM25.00.. Rendah jer bayaran tu.. Kalau kat luar biasanya RM700++. So, bagi yang tak ambil peluang ni, rugilah, sebab yang bagi speech tu bukan orang teori atau baru bermula, tapi yang dah berjaya, dah dapat juta ringgit pun.. Jadi, saya bersyukur kepada Allah sebab saya dapat juga pergi ke seminar tu. Saya confirmkan pergi petang hari sabtu kepada pihak penganjur.. Dan bayar keesokannya pada hari seminar.. Alhamdulillah.. Di akhir seminar tu, saya sempat bergambar dan mengambil autografnya.. Nanti saya uploadkan gambar tersebut ke blog ni untuk tatapan semua.. Langkah yang ditunjukkan oleh saudara Irfan memang mudah, semua orang boleh buat.. Cuma perlu belajar sedikit terutama bab teknikal seperti buat website, guna software tertentu, web domain & webhosting. Yang ni banyak orang tanya pada hari tu.. Tapi semua orang boleh dapat income dengan internet, cuma kena tahu cara yang betul.. Itu pesan dia.. Kat internet, kita boleh jual apa2pun, kain batik, dodol, budu? , buku, informasi, audio, video, dll.. Cuma kena tengok produk yang kita nak jual tu jenis mana.. Yang ni irfan ajar.. Produk atau Service? Generate prospect atau generate revenue? Macam mana nak buat promosi, mcm mana nak jual produk orang, produk apa yang high profits, teknologi apa boleh guna (dia guna GPRS untuk akses internet, sebab streamyx tak masuk lagi ke area rumah dia , macam mana nak lipat gandakan pembeli, 4 langkah mudah nak start internet business, dan banyak lagilah tips-tips yang berkesan untuk diikuti.. Menarik bukan? Jika dia datang lagi, pastikan anda jangan lepaskan peluang ini!! Percayalah, anda tak akan menyesal.. Saya balik dengan penuh senyuman di bibir, beserta dengan azam yang tinggi untuk berjaya dalam bidang ni.. Internet dah ada, pc dah ada, ilmu dah ada, idea pun dah ada.. Orang kata, perahu dah ader, pendayung pun dah kat tangan, so aper lagi? Dayunglah!!
Yang pasti, irfan dah bagi suntikan semangat untuk saya!!
Penutup bicara, bersama kita jumpa di puncak kejayaan, InsyaAllah.
|
|
|
| |
| BLOG NI UNTUK APA? |
| 08.08.05 (6:17 pm) [edit] |
BLOG NI UNTUK APA?
Maybe ada yg tertanya, blog ni utk apa sebenarnya? Blog ni utk anda lah.. Terjawab? Hehe, itu satu tapi jawapannya yg sebenar adalah yg ni:
1- Bincang hal2 online bisnes 2- Ditambah juga dengan budaya keusahawanan 3- Apa saja isu & hal-hal lain..
Pendek kata, blog ni akan bincang apa saja hal... :)
|
|
|
| |
| Program Affiliate |
| 08.08.05 (6:15 pm) [edit] |
Program Affiliate -----------------
Banyak program2 affiliate di internet, antaranya dapat bayaran dengan hanya baca emel, melayari internet, main game & mcm2 lagi.. Yang mcm ni saya kurang berminat... Ada la sebab dia.. Yang saya suka hanyalah tolong jual produk dari syarikat2 internasional. Pelbagai produk kita boleh tolong jualkan, spt buku, software & mcm2 lagi.. TAPI, pastikan kalau anda ingin buat benda ni, pilih syarikat yg benar2 wujud & kukuh seperti syarikat Yahoo & Amazon.
Produk sendiri pulak mcm mana? Hmm... Idea dah ader, tapi tunggu je lah.. Bila saya dah lancarkan nanti, saya bagi tahu yerr... Yang pasti, produk tu memang sesuai utk semua golongan.. We Must Think Global.. Kat meja saya ni, ada dua buah biji buku online business.. Tak abis baca lagi..
Nasihat saya, kalau yang masih belajar tu, utamakan study anda.. Nak bisnes boleh tapi pandaikanlah membahagi masa... Mudah kata, dua-dua kerja ni bergerak selari..
Jumpa Lagi!
|
|
|
| |
| Mungkin Tak Jadi Pergi.. :( |
| 08.08.05 (6:13 pm) [edit] |
Mungkin Tak Jadi Pergi.. :(
14 Ogos ini, Irfan khairi datang untuk seminar online bisnes-nya. Namun, mungkin saya tak dapat pergi kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Susah untuk melepaskan peluang ini. Yalah, yuran yg dikenakan hanyalah RM25 sahaja utk student.. Kalau kat luar susah nak dapat harga ni..
Walau apa2 pun, pergi ke tak pergi, diri ini akan tetap bercita-cita utk berjaya di dalam online business.. Bukan MLM, atau lebih2 lagi Skim Cepat Kaya. Bukan juga program2 mengarut yang lain.. Atau program-program membaca email, autosurf atau yg seumpama dengannya.. Jadi, bisnes apa? Secara mudah, saya akan melakukan dua program iaitu program affiliate & jual produk sendiri.. Fasa pertama, saya akan tumpu kepada market di Malaysia, kemudian baru ke internasional. Kenapa kemudian? Bahasa inggeris saya kureng la maa.. :) Grammar itu penting dalam MEYAKINKAN pelanggan kita dari luar negara... So, sekarang saya nak improve my english skills..
|
|
|
| |
| Budaya Usahawan di kalangan Mahasiswa |
| 08.08.05 (6:10 pm) [edit] |
Budaya Usahawan di kalangan Mahasiswa
Saya adalah mahasiswa UTM. Bagi mereka yang mendapat pinjaman, tentu tidak merasa perit dan susah mereka yang tidak mendapat pinjaman atau biasiswa..
Apa yang ingin diceritakan di sini adalah, terdapatnya budaya keusahawanan dalam diri mahasiswa di sini (malah di universiti lain). Pelbagai aktiviti perniagaan yang dijalankan.. Ada yang jual burger.. Dari blok ke blok, mereka jaja burger mereka itu dengan suara yang lantang.. Antara lain, ada yang menjual nasi lemak, roti john, coklat, gula-gula, jajan pun ader dan dadih. Saya ucapkan tahniah kepada mereka ini kerana mereka telah melakukan satu langkah yang bijaksana (Time saya taip ni, saya baru je beli sebiji burger, RM1.00).. Bijaksana? Ya, mereka ni mungkin suatu masa nanti akan menjadi usahawan yang berjaya.. Kerana dari sini sudah nampak akan kebolehan mereka..
Kita tinggalkan dulu mereka yang menjual dari blok ke blok itu... Kita bincang pula mereka yang melakukan bisnes yang lain pulak.. Hmm.. Bab ni panas sikit.. Kalau ada pembaca yang terasa, minta maaflah.. Skim Cepat Kaya & MLM.. Pergilah di mana-mana universiti, pasti ada group yg melakukan bisnes ini. Skim Cepat Kaya, jelaslah kesalahannya samaada dari segi Agama mahupun undang-undang.. Tapi, mungkin kerana terdesak, mereka lakukan jua. Mereka tahu itu salah, tapi nak buat mcm mana, duit tak ada.. Tapi, ingatlah, duit yang kita dapat itu, kita nak guna utk buat belajar dan mungkin nak bagi pada keluarga kita.. So, bersabarlah di dalam ber-ibadah kepada Allah & bersabar di dalam ujian. Orang yang bertaqwa, Allah akan berikan rezeki yang tak disangka-sangka.. Hmm, MLM apa cerita pulak? Dengar cerita dah ada mereka yang dah mencapai keuntungan beribu-ribu.. Apapun, diharap agar kita semua melakukan dengan penuh ilmu & jangan kerana duit,mata & hati kita terus kelabu... Stop The Discussion. :)
|
|
|
| |
| Making Money With eBay!! |
| 08.06.05 (8:49 pm) [edit] |
|
Want Making Money With eBay? Have a goods to sell? Click The Books Images At Right in This Page.. [Buy Books At Amazon!]
|
|
|
| |
| make a life-changing income of $100,000 to $250,000 with your Internet business |
| 08.05.05 (9:08 pm) [edit] |
|
"Learn how to make a life-changing income of $100,000 to $250,000 with your Internet business... even if you're a computer dummy!"
Review: "The Insider Secrets to Marketing Your Business on the Internet" by Corey Rudl"
I've just finished reading the brand-new 2005 version of Corey Rudl's top-selling Internet marketing system, "The Insider Secrets To Marketing Your Business On The Internet," and frankly, I'm overwhelmed by the huge amount of critical wealth-building information he's managed to pack into these two hefty binders and 3 CDs!
But I guess I shouldn't be surprised; after all, when the box containing these materials showed up at my door, it weighed in at over 10 pounds!
That's 10 pounds of the most comprehensive marketing strategies, test results, case studies, tools, and ideas for generating a life-changing income online (from $1,000s to over $1 million) you're ever likely to read!
I'm talking about information like...
- Step-by-step advice for starting your own Internet business in as little as 48 hours!
- How to build a top-selling web site... for less than $100!
- Where to find hot products to sell (in 20 minutes or LESS)!
- 100s of FREE and cheap online tools, resources, and software
- How to get 1,000s of qualified NEW visitors to your web site... for FREE!
- How to get #1 rankings in the search engines and get tons of FREE traffic from the "Big Guys" like Google!
- Secrets to writing sales copy that can increase sales by up to 400% (or MORE)!
And much more!
If you're unsure who Corey is, you should know that he's been a recognized expert in online marketing for a decade now. Not only has he generated $40,000,000 in online sales, his sites also attract 450,000 visitor a week!
What's really great about Corey is that he can show ANYONE how to have a wildly profitable Internet business (that takes just a few hours each day to run)...
... even if you're an absolute computer dummy!
And if you already have an Internet business, he can help YOU, too. The advanced sections of his system show you how you can increase your sales by 400%... 700%... even as much as 1,000%!
I give Corey's system the highest rating possible! Its 1,300+ pages of step-by-step lessons contain the exact SAME tested and proven fast-growth strategies he has personally used to generate over $40 million in online sales -- starting on a shoestring budget!
And it's the SAME SYSTEM that literally 1,000s of his students have used to drive "truckloads" of cash out of the Internet.
I strongly urge you to check out Corey's wealth-building system as soon as possible! Click here for a FREE preview.
|
|
|
| |
| Whose The Next Corel Rudl?? |
| 08.03.05 (9:23 pm) [edit] |
|
How does Corey Rudl earn $5,200,000 each year just using Internet?!
"I just got back from a 3-week trip to Europe and Asia and while I was gone, $376,292 dollars was deposited into my bank account through my online businesses -- and I didn't have to lift a finger!" -Corey Rudl-
He started his online business with a ebook called Car Secret Revealed that a guide to buy a new car. With this ebook, his profits after 12 months is $140,000!! Its net profits!!
From there he went on to create a whole lot of other sites, each generating revenue, automatically, without him even having to be there! Although he in holidays, travels, sleeps, anywhere and anytime.. He still makes money!
To know more about his products, please visit this link.. : http://www.marketingtips.com/...
|
|
|
| |
| PESANAN DARI RAHSIAINTERNET.COM - SALAH GUNA NAMA IRFAN KHAIRI |
| 08.03.05 (8:40 pm) [edit] |
|
Pada edisi hari yg lepas, saya ada menyatakan ada segelintir mereka yg mempergunakan nama irfan khairi dalam program2 berasaskan web.. Saya dah mengagak, bahwa pihak irfan khairi akan terkejut dengan situasi ini.. Saya menekankan hal ini kerana saudara irfan tidak berniaga melalui rumah dengan menyertai MLM atau skim cepat kaya melalui internet, tetapi menjual produK dan berlaku proses jual beli.. Bukan seperti program2 yg ditawarkan oleh mereka yg hanya berselindung di balik alamat emel..
Untuk keterangan lanjut hal ini, sila lawati laman berikut: http://www.rahsiainternet.com/penting.htm" title="http://www.rahsiainternet.com/penting.htm" target="_blank"http://www.rahsiainternet.com...
|
|
|
| |
| Be A Millionaire : Just Using Internet |
| 08.02.05 (2:06 am) [edit] |
|
English Version:
Want to be a millionaire? The next Bill Gates?? Do you know Irfan Khairi? Visit him at www.rahsiainternet.com!! He is millionaire from Malaysia that making money ONLY using internet...
p/s: Versi entry ni utk pelayar dari luar negara..
|
|
|
| |
| Petikan Harian Metro |
| 08.02.05 (12:38 am) [edit] |
|
Skim piramid menjurus skim cepat kaya
SKIM piramid ialah skim perkiraan bagi pengedaran atau penjualan komoditi. Seseorang itu mendapat faedah wang yang tidak bergantung pada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan dijual atau diedarkan kerana ia diasaskan kepada penajaan seorang atau lebih peserta ke dalam skim itu.
Ciri-ciri skim piramid adalah seperti berikut:
1. Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.
2. Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa singkat berdasarkan bilangan ahli ditaja.
3. Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.
4. Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan itu.
Kerajaan mengambil langkah mengharamkan skim ini kerana ia lebih menjurus kepada skim cepat kaya yang memberi keuntungan hanya kepada segelintir peserta di peringkat tertinggi dan tidak kepada sebahagian besar peserta di peringkat bawah.
Dengan kata lain, hanya beberapa peserta terawal atau atasan saja mendapat faedah atau pulangan lumayan manakala sebahagian besar peserta di peringkat bawahan hanyalah penyumbang supaya peserta atasan dapat menikmati faedah.
Kerajaan sedang menggubal Akta Anti Piramid bagi mengharamkan skim ini dan akan mengenakan hukuman mandatori (denda dan penjara) ke atas penganjur dan juga peserta skim.
Bagaimana jika didatangi penganjur skim piramid?
1. Periksa sama ada syarikat itu mempunyai lesen sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.
2. Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.
3. Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDNHEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.
Ref: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesda y/Info/20040817094642/Art icle/indexs_html" title="http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesda y/Info/20040817094642/Art icle/indexs_html" target="_blank"http://www.hmetro.com.my/Curr...
|
|
|
| |
| Nama Irfan Khairi dipergunakan.. |
| 08.01.05 (9:35 pm) [edit] |
Pertama sekali, sebelum saya teruskan menaip, pohon maaf jika apa yang dinyatakan ini salah..
Sedia maklum, irfan khairi mula dikenali ramai.. namun sedihnya, ada segelintir mereka yg menggunakan nama beliau di dalam mempromosikan business mereka.. Bagi saya, untuk menyatakan irfan khairi sebagai contoh, saya tidakkisah, tetapi business mereka bukanlah sebenar-benar business spt mana yg dilakukan oleh saudara irfan.. Maaf jika salah, business mereka lebih banyak berorientasikan Skim Cepat Kaya yg diharamkan oleh kerajaan. Matrix, Binari.. Hasil carian saya menunjukkan Skim Cepat Kaya secara online sudah mula tumbuh kembali.. Mereka hanya membayar wang, kemudian mereka akan duduk goyang kaki tanpa menjual apa-apa produk. Merujuk kepada Kementerian Perdagangan, sesuatu skim cepat kaya itu adalah tiada belian ulangan oleh ahli. Inilah salah satu ciri skim cepat kaya. iaitu hanya sekali menjual, kemudian tunggu duit masuk mencurah-curah... Satu lagi adalah teknik matriks samada binary atau laia2 juga diharamkan oleh kerajaan.
Internet memberikan kita peluang utk berniaga tanpa sempadan, dengan hanya di hujung jari. Tetapi, pastikan ia dilakukan dengan terbaik dengan etikanya, serta tidak melanggar undang2... lebih2 lagi bagi yang berAgama Islam.. Pastikan apa yg dilakukan benar2 diizinkan oleh syarak...
Sekian daripada saya...
|
|
|
| |
| Kata-Kata Irfan Khairi.. |
| 07.30.05 (6:06 pm) [edit] |
|
Ada satu kata-kata dari Irfan Khairi untuk sesiapa sahaja, terutama mereka yang bergiat dalam bidang online business:
"Apa juga yang anda lakukan, jangan fikir duit dulu, buat kerana minat. Kalau tidak anda akan merasa ralat.. Saya melakukan semua ini kerana hobi dan minat, duit datang kemudian... Dan saya akan terus melakukan perkara ini walaupun tidak mendapat duit.." -dipetik & diedit dari: www.mysticdreamworks.com-
Satu kata-kata yg boleh dijadikan panduan dalam online business... InsyaAllah.
|
|
|
| |
| Jadi Jutawan?? |
| 07.30.05 (5:56 pm) [edit] |
|
SAper yang tak nak jadi jutawan.. Tapi ada juga manusia yang tak suka bila kita kata cita-cita kita adalah nak jadi jutawan.. Tak cukup dengan ketawa & senyum sinis, mereka tambah lagi dengan andaian bahwa orang yg bercita-cita begitu gilakan dunia dan harta.. Macamlah hidup lama sangat kat dunia ni... Saya ada satu persoalan yg cepu emas utk dijawab & dibincang bersama.. Jika kita beramal soleh hanya utk diri kita sahaja, hanya kita yg dapat ganjarannya.. Tetapi, jika kita mempunyai harta, kita dapat membina masjid utk kegunaan umat Islam, ber-infaq untuk jalan Allah, membantu faqir-faqir miskin & juga membantu ulama-ulama dalam menuntut ilmu Agama & juga untuk usaha dakwah mereka... Selain itu, dengan sedikit harta juga, kita dapat membantu anak-anak yatim yg tiada tempat bergantungan, ibu-ibu tunggal.... Ini semua dituntut dan digalakkan oleh Agama.. Kita hidup bukan untuk sendiri-sendiri.. Amat tidak wajar jika dikatakan orang yg sibuk mengejar harta adalah gilakan dunia.. Siapa tahu niat hati masing2?? Hanya Allah Yang Tahu apa niat setiap orang..
Saya meletak topik ini hanya sekadar renungan.. Bukanlah untuk mengatakan semua orang perlu jadi jutawan.. Tidak.. Tetapi ingin menyatakan bahawa, amat pentingnya jutawan yg zuhud, yg tidak cintakan dunia.. Tapi sebaliknya, dengan harta yg ada, dia diredahi oleh Allah..
Mungkin pendapat ini ada kekurangan, namun yang baik, sama-sama kita fikirkan, yang buruk kita tolak jauh-jauh... Yang benar hanyalah firmanNYA..
Wallahu'alam.
|
|
|
| |
| Ranking Ke-6?? |
| 07.30.05 (5:48 pm) [edit] |
|
Semalam saya ada cerita pasal ranking blog saya.. Hari ni ahad, 31 Julai 05. Saya saja nak cari lagi pasal irfan khairi, dapat je hasil carian, blog saya berada di ranking ke-6 dah... Semakin banyak saya masukkan word irfan khairi site blog saya, semakin tinggi site saya dalam rank Google.. Kalau guna yahoo search tak tahulah.. Tak cuba lagi... So, kesimpulannya... Word dalam content web kita memainkan peranan yg penting dalam memastikan site kita berada di tangga yg berapa... Ni maybe selepas saya taip banyak-banyak pasal irfan khairi, semakin tinggilah kot ranking blog saya dalam google...
|
|
|
| |
| Blog Smartbiz antara top ten dalam google |
| 07.29.05 (3:30 am) [edit] |
|
Blog smartbiz baru beberapa hari dilancarkan... Biasanya, satu-satu site akan tersenarai dalam enjin carian dalam masa beberapa hari.. (seminggu?). Tapi dalam masa tiga hari, dan entry yg terbaru saya masukkan tadi mengenai irfan khairi terus dapat dijumpai oleh Google!! Tak percaya?? Cuba anda masuk laman Goole & taip irfan khairi + johor kat datang box carian.. Dan lihat laman blog ini di tangga ke berapa.. Itu carian spesifik, jika ditaip irfan khairi sahaja, blog ini akan berada di ranking ke 21 daripada 992 laman yg ada word irfan khairi..
Mengapa saya membincangkan hal ini?? Satu, kepentingan ranking itu sendiri dan juga kelebihan blog.. Sila rujuk entry saya yg lepas mengenai blog & kelebihannya..
Bertemu kembali nanti...
|
|
|
| |
| Seminar Separuh hari Bersama Irfan Khairi |
| 07.29.05 (1:43 am) [edit] |
|
Terlupa saya untuk bagi tahu kepada pengunjung, bahwa irfan khairi akan datang ke UTM, Skudai Johor dalam rangka menyampaikan satu ceramah mengenai Online Business..
Bukan nak promote tapi just information. Saper-saper yg berminat, boleh hubungi pihak SPACE UTM.. Tapi, seminar ini HANYA UTK STAF & STUDENT UTM SAHAJA...
Yurannya murah, so apa lagi.. Saya tak akan lepaskan peluang ini untuk bertemu dengan sifu irfan khairi.. :)
|
|
|
| |
| Irfan Khairi + Rahsia Internet-nya |
| 07.28.05 (9:26 pm) [edit] |
|
Assalamu'alaikum,
Jumpa lagi ari ni.. Apa yg nak dikongsi bersama adalah mengenai irfan khairi yang namanya mula meniti di bibir rakyat Malaysia.
Siapa dia? Berikut adalah sedikit mengenai beliau yang dipetik dari lamannya, rahsiainternet.com: - mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Stafffordshire University, United Kingdom. - menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd selepas menamatkan pengajian ijazahnya. - Memulakan perniagaan internet pada tahun 1999 secara sambilan - Setahun kemudian, beliau mengambil keputusan untuk melaksanakan business onlinenya secara serius dan sepenuh masa apabila income yg diperolehinya melebihi gaji kerja 9-5 nya - Percaya atau tidak, beliau selepas itu hanya bekerja dari rumahnya hanya dengan laptop dan internet! Dan dengan sepenuh masa!!
- Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000. Ketika itu umurnya adalah 25 tahun. - SEHINGGA KINI, beliau masih lagi bekerja dari rumah di samping isteri dan anak-anak yg tersayang!
Anda bagaimana?? Bolehkah anda mengikut jejak langkahnya? Menjadi jutawan internet?? Jawapannya TIDAK MUSTAHIL jika betul dan kena caranya...
Lawatlah laman web rasminya : www.rahsiainternet.com
|
|
|
| |
| Mengapa Blog?? |
| 07.27.05 (9:06 pm) [edit] |
|
Assalamu’alaikum,
Jumpa lagi kita hari ni.. Mungkin blog saya ini masih belum tersusun samada dari segi link dan terutamanya dari segi content dan penyampaian. InsyaAllah, dalam masa yang terdekat ini, saya akan mula menggunakan pendekatan step by step bagi perbincangan online business ini..
Mengapa saya pilih blog??
1. Blog mudah dan cepat di dalam merekod dan menyampaikan sesuatu. Dan yang lebih penting adalah ilmu yang saya tahu itu dapat diketahui sama oleh orang lain. Jadi, andaikata saya dah meninggalkan dunia ini, ilmu atau pengetahuan saya, tetap wujud di dunia ini sehinggalah hari kiamat. J
2. Blog juga sebenarnya adalah satu cara utama ataupun trend bagi mereka yang melakukan online business. Mengapa? Apa kelebihannya?? Di sini saya hanya akan menyenaraikan beberapa kelebihan blog dalam internet business dan yang selebihnya anda boleh mencari di dalam internet (tanya pakcik Google).
Jika anda masih kurang atau tidak faham pasal blog tersebut dalam perbincangan di entry ini, JANGAN BIMBANG dan pening... Saya sentuh bab blog tersebut kerana saya ingin nyatakan mengapa saya ingin menggunakan blog.. Jika anda tidak faham, ikutilah siri-siri artikel atau perbincangan yang akan menyusul kemudian.. Untuk pendahuluan, silalah rujuk link di bawah yang boleh membantu:
http://www.blogkits.com/archives/2004/12/chri stmas_time.html" title="http://www.blogkits.com/archives/2004/12/chri stmas_time.html" target="_blank"http://www.blogkits.com/archi... http://www.guardian.co.uk/online/story/0" title="http://www.guardian.co.uk/online/story/0" target="_blank"http://www.guardian.co.uk/onl...,3605,884658,00.html http://www.allbusiness.com/blog/WhyBlog/3964/002 322.html" title="http://www.allbusiness.com/blog/WhyBlog/3964/002 322.html" target="_blank"http://www.allbusiness.com/bl...
3. Antara sebab lain, saya ingin membina hubungan.. Hubungan apa?? Jangan salah faham... J Maksud di sini ialah hubungan persahabatan dengan blogers yang lain serta pengunjung-pengunjung yang datang ke blog ini..
Itu saja untuk masa ni.. Kalau sempat lagi, saya tambah lagilah entry untuk ari ni..
Sekian.
|
|
|
| |
| Salam Perkenalan |
| 07.27.05 (6:12 pm) [edit] |
|
Perkenalan...
J Pertama sekali, maaf ingin dipinta... Dah 2,3 entry dimasukkan, tapi diri ini masih lagi belum memperkenlkan diri.. Perkenalkanlah diri ini yang bernama Mohd Zulfadli.. Orang panggil Zul.. Sekarang saya di tahun akhir Degree Sains Komputer di UTM, Skudai Johor.. Tak lama lagi dapatlah degree yang diusahakan selama ni.. Berhempas pulas siang dan malam.. Tu je kot.. Rasanya dah cukup kot..
Balancing in my blog
Hmm.. betul ke tak tajuk entry kali ni.. Yang penting nak pandai bahasa inggeris sebelum grad.. Kalau tak susah nak dapat kerja.. Buat malu jer 5 tahun belajar tapi BI tak pandai2.. J Oklah.. apa yang dikatakan balance tu pada blog ni? Walau tajuk kat atas tu True Marketing Idea yang fokus pada internet bisnes, tapi saya juga akan masukkan content yang bervariasi seperti tazkirah, pengalaman, berita semasa dan apa-apa yang bermanfaat untuk semua...
Tu je lah... Tajuk bukan main power (ye ker power??) : Balancing bla bla bla.. Tapi tu je nak bagi tahu...
|
|
|
| |
| 4 Langkah mudah online business.. |
| 07.26.05 (11:15 pm) [edit] |
|
Ini 4 langkah mudah jer..
1. Ada produk yang nak dijual. Kalauu boleh, bidang yang anda expert atau minati.. 2. Ada laman web untuk promote dan jual produk anda 3. Ada cara pembayaran (kad kredit? Wang pos? Bank Transfer?) 4. Terima duit & hantar barangan yang dipesan oleh pembeli..
Mudah tak?? Memang mudah tapi ada lagi perkara-perkara yang perlu kita pelajari sama-sama..
p/s: Aku pun masih dalam proses belajar. Kita sama-sama belajar.. :)
|
|
|
| |
| Buat duit di internet??! |
| 07.26.05 (9:30 pm) [edit] |
|
Percaya atau tidak, anda boleh membuat duit hanya dengan menggunakan internet.. Walau mudah dikata, tapi jika anda tahu caranya.. mungkin pendapatan yang anda dapat melebihi gaji bulanan anda..
Perniagaan internet? Apa tu?? Pertama sekali, skop perbincangan kita tak termasuk MLM, Skim Cepat Kaya atau yang seangkatan dengannya... Sorilah, saya tak menyukai MLM kerana... adalah sebabnya..
Irfan Khairi, salah seorang anak Melayu yang jadi jutawan hanya dengan melakukan bisnes secara online. Hanya dalam beberapa tahun, dia dah jadi jutawan. Nak tahu kisah dia, belilah Majalah Maskulin bulan Julai. Dia jadi cover muka depan..
Pendek ceritanya, firstly saya nak tahulah apa komen anda semua mengenai bisnes secara online..??
Jumpa lagi!! :)
|
|
|
| |
| entry yang pertama |
| 07.25.05 (2:14 am) [edit] |
Assalamu'alaikum and good evening..
Selamat datang ke blog saya. Blog ini lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan secara online. Bukan Skim Cepat Kaya atau MLM.. Tetapi benar-benar perniagaan yang berasaskan kepada pengetahuan (knowledge).
Nantikan artikel-artikel, ebook percuma dan lain-lain lagi..
Salam perkenalan dan jumpa lagi..
English Version:
Hi.. I'm so happy you all comes to my blog.. Well, this is my first entry and makesure you come back again to get the informations about online business..
See you later!!
|
|
|
| |
|
 Buy WebHosting Now!!
|